Friday, July 11, 2008

Gah sungguh bunyinya!


Jangan pertikai tempoh peralihan kuasa – Khairy

11/07/2008 5:17pm
Oleh Irman Hashim

KUALA TERENGGANU 11 Julai – Pelbagai pihak diminta tidak mempertikaikan tempoh dua tahun peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, para pemimpin UMNO juga tidak sepatutnya mempersoalkan isu jangka masa itu kerana ia telah dipersetujui di antara Abdullah dan Najib.

Katanya, pelan peralihan kuasa berkenaan dilakukan secara tersusun dan mampu mengukuhkan lagi parti.- Utusan.

Jika dikenangkan usia setahun jagung di dalam kepimpinan UMNO orang yang memberi arahan ini dan kepada siapa "arahan" ini ditujukan, jelas perbedaan langit dan bumi. Siapa yang pertikaikan? Semalam daripada coretan-coretan berita aliran perdana dan alternatif, yang saya kira nampak mempertikaikan atau bahasa yang lebih halus, "memberikan pandangan" alternatif mereka (bukan "saya sokong" semata) adalah antaranya Muhyiddin dan Ku Li.

Agak-agaknya apakah nombor keahlian UMNO kedua veteran UMNO ini jika dibandingkan dengan anak menantu Perdana Menteri ini? Mungkin jauh berjuta angka nombor-nombor siri keahlian kedua-dua pemimpin UMNO daripada saudara Khairy Jamaluddin ini.

"Pelbagai pihak" itu pula siapa? Saya tidak mahu menganggap bahawa arahan itu adalah kepada kami, orang-orang di luar UMNO. Itu boleh menimbulkan amarah kami pacal-pacal rakyat yang hina ini! Itu tidak elok untuk tujuan pemulihan UMNO di kaca mata kami, bukan?

Jadi, adakah ianya ditujukan kepada ahli-ahli di peringkat akar-umbi? Maaf saya bertanya, inikah yang dikatakan "demokrasi" ala-UMNO jika ahli-ahli dan pemimpin adalah dilarang untuk menyuarakan pendapat?

Jika Muhkriz menegur pemimpin nombor wahid UMNO dianggap biadap, apa pula kategori "arahan" atau lebih tepat lagi tempelakan si KJ ini terhadap para seniornya yang masing-masing merupakan Naib Presiden dan mantan Naib Presiden UMNO?

Adakah wujud dua set peraturan ataupun perlaksaan peraturan dan tata-tertib di dalam UMNO? Satu set undang-undang dan peraturan untuk ahli seperti Mukhriz dan satu set lagi untuk ahli seperti Khairy?

Mungkin ahli-ahli UMNO boleh membantu saya dalam menjawab persoalan-persoalan ini. Maafkan saya kerana jahil dalam perkara ini, saya bukan ahli UMNO.

Kita faham dua tahun satu masa yang singkat. Jadi terdapat keperluan untuk bergegas dalam menonjolkan diri sebagai "wira". Tetapi janganlah sampai seperti "mengarah" orang yang lebih tua dan lebih tinggi pangkatnya daripada kita.

Tidak manis begitu. Kita orang timur, kaya dengan adab dan sopan.

6 comments:

Anonymous said...

Its ok if the appearance of your blog is not good. The important thing is the topic or the content of your blog.

Unknown said...

Macamlah MALAYSIA bapak mentua dia punya. Bunyi je lebih menantu pak lah nie. Di Parlimen habis kena lanyak.
Ada ke suruh rakyat makan ubi kayu, dia kumpul kekayaan berjuta-juta.

Anonymous said...

Kera..eh silap kairy, kairy.. ko tu duduk diam-diam cukuplah. Jangn dok bunyi banyak sangat. Nampak sangat hard-up tu.

Anonymous said...

dengar khabar 11 biji bas dari pekan akan melawat pak lah pada 12 julai...saja saja nak tanya guana kalau kita buat bulan disember ni...jun 2010 lambat sangat weh...kalau orang nikah dah bolih 2 anak...hahaha

sripekan

apisfires said...

pelik aku tengok...
nama si kera ni naik menjulang begitu cepat...
aku harap dia jatuh tergolek2 dengan cepat....
nampaknye dia makin dah naik tocang dah...
aku juga bukan ahli umno, tapi aku paham sikit2 buku yang di jadi macam undang2 dalam pemilihan agong umno...
bahawa mereka tak boleh kempen2, tapi sayang betul ketua menteri aku si ali ketambola plak dah langgar, ada ke dia kene skali undang2 ni???

Lawyer Kampung said...

Crystal Clear, Sripekan & apisfire serta anon, terimakasih atas komen-komen tuan/puan. Seperti yang diutarakan oleh tuan/puan sekelian, memang masih banyak lagi yang kita musyhkil berkaitan tindak-tanduk "pembesar negara" junior kita ini.

Begitu juga dengan pembesar negara nombor wahid kita ini. Lebih banyak tandatanya daripada pemahaman apabila dia melaksanakan sesuatu.

Dan sebagai pacal rakyat kita memang berhak untuk mushkil dan mempersoalkannya. Ini bukan soal parti UMNO sahaja, ini soal negara, halatuju dan situasi semasa. Kenapa gah sangat menyuruh orang tutup mulut?

Semua dari kita, bukan sahaja ahli UMNO, berhak persoalkan dan beri pandangan.