Wednesday, July 23, 2008

Pas & UMNO

Saya cuba mengelak untuk menulis berkenaan isu "muzakarah/dialog PAS-UMNO".

Banyak sudah yang kita boleh baca dan halusi daripada media massa perdana mahupun alternatif dan juga dari sembang dan cakap-cakap di kedai kopi berkenaannya.

Tetapi hari ini saya tidak boleh mengelak lagi. Menarik artikel blog Penarik Beca hari ini. Ianya membuat saya terpanggil untuk menulis. Apa yang saya hendak war-warkan di sini adalah bukan masalah dalaman di dalam parti tersebut, tetapi idea bahawa teguran terhadap pemimpin hatta yang paling teratas sekali pun, wujud di dalam PAS. Ianya wujud secara sihat dan tidak dikekang dengan ketaksuban terhadap pemimpin seperti yang wujud di dalam UMNO.

Sedikit petikan tulisan saudara Bakaq @ Penarik Beca;

Antara sifat Tok Guru Presiden yang saya tak lupa ialah beliau tak pernah puji diri sendiri . Tetapi Tok Guru bukan manusia suci yang bebas dari kesilapan. Jangan mentaqdiskan Tok Guru Presiden atau Tok Guru Mursyidul Am. Mereka bukan manusia suci. Namun, hakikat itu tidak sepatutnya dijadikan lesen untuk membantai mereka.

Saya lawan isu, bukan orang. Kalau kelihatan saya lawan orang pun, yang saya kritik ialah prestasi kerjanya. Saya tak nak ambil tahu soal dia beli banglo RM700 ribu ka, berapa biji kereta mewah ka dan atas nama syarikat mana kereta-kereta mewah itu, walaupun saya tahu kerana begitu banyak maklumat yang diberikan. Itu hal peribadinya dan saya tak nak campur).

Baca lagi Melayu, Islam hanya sampingan - Khalid

Bagi saya inilah yang menjadi daya tarikan kepada golongan muda untuk mendekati parti ini sepertimana tertariknya kita apabila untuk hadir mendengar celoteh dan dakwah Ustaz Akhil Hayy yang begitu aktif di pentas PAS suatu ketika dahulu. Nah, sekarang kita boleh lihat, bahkan vokalis kumpulan Search juga akan berada di pentas PAS. Lahirnya kepimpinan muda seperti Husam Musa dan lain-lain juga mencerminkan peralihan parti ini kepada genre yang lebih pelbagai tetapi tetap bertunjangkan Islam sebagai paksinya.

Pimpinan UMNO perlu sedar, "talian hayat" (memetik kata-kata blogger Penarik Beca) parti mereka sudah tiada. Segala taktik sudah di baca orang, baca sahaja nukilan blog Penarik Beca di atas, segalanya sangat jelas. Muzakarah atau dialog tanpa keikhlasan hati pasti tidak akan membuahkan hasil.

Apa yang perlu dilakukan adalah perubahan dari dalam, dari akar-umbi parti itu sendiri. menerobos terus sehingga ke pucuk pimpinan parti tersebut. Jika pucuk pimpinan ini masih lagi khayal dengan dibuai oleh media arus perdana yang sama sekali membutakan mereka daripada perubahan angin rakyat jelata masa kini, walhal pilihanraya lepas sudah jelas memberikan mesej, nescaya pimpinan UMNO akan melihat sokong membawa rebah di Pilihanraya akan datang.

Unsur-unsur ketaksuban terhadap pemimpin, budaya mengipas dan lain-lain yang tidak perlu saya ulangkan di sini, perlulah di buang jauh-jauh. Hairan kenapa masih tercari-cari formula untuk mengembalikan kemegahan lampau. Sudah terang, kenapa perlu bersuluh?

3 comments:

Pak LeLah said...

Bro, susah Ameno nak sedar diri. Biar sajalah puak dia nih porak-peranda. Jangan nak pandai-pandai nak ganggu-gugat ketenteraman orang lain. Baiki diri dulu, muzakarah sesama ameno dulu sebelum nak acah orang lain nih.

Anonymous said...

Masalah besar rupa-rupanya presiden PAS ni, mengata dulang paku serpih punya cerita la sebenornya PAS ni yek! he he

Anonymous said...

srupo lah denge presideng ameno