Berkenaan gembar-gembur kontroversi "laporan perubatan" bagi menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim adalah tidak bersalah, saya kira beberapa nukilan di dalam blog-blog Minda Intelek Melayu dan drraffick, kedua-dua blogger adalah pengamal perubatan, berkaitan laporan yang penuh kontroversi tersebut di sini, sini dan sini sudah cukup untuk memberikan kita serba-sedikit pemahaman berkenaan apa yang yang tersurat dan tersirat di dalam laporan tersebut.
Dari sudut undang-undang pula, terutama Undang-Undang Keterangan, sememangnya benar laporan tersebut boleh diterima-masuk sebagai keterangan di dalam perbicaraan, jika ada, kelak asalkan ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan.
Baik pendakwaraya mahupun peguambela boleh memperkenalkan kepada mahkamah keterangan tersebut semasa perbicaraan dan memohon untuk ianya diterima-masuk sebagai keterangan sekiranya benar doktor tersebut sememangnya pegawai perubatan pertama yang memeriksa pesakit berkenaan dan pemeriksaan telah dijalankan ke atasnya, waima apa kaedah pemeriksaan sekalipun yang dilakukan pada masa tersebut, asalkan ianya releven dengan kes yang dibicarakan.
Walaubagaimanapun, memandangkan keterangan yang dibincangkan di sini adalah keterangan bertulis, beberapa kaedah-kaedah undang-undang keterangan perlu dipenuhi sebelum keterangan tersebut boleh di terima-masuk sebagai bukti dalam perbicaraan.
Apa sekalipun, kesahihan keterangan tersebut adalah yang utama dan kaedah-kaedah keterangan berkaitannya perlu dipenuhi sebelum diterima-masuk ke dalam mahkamah sebagai barang bukti. Sebagai kaedah am, pembuat keterangan tersebut, di sini, doktor yang dikatakan memeriksa, hendaklah dipanggil semasa bicara, bagi mahkamah untuk menerima-masuk keterangan bertulis beliau.
Namun demikian, seandainya diterima-masuk pun, di bawah seksyen-seksyen 136 dan 167 Akta Keterangan, sesuatu keterangan tersebut tidak (di dalamnya atau padanya) membuktikan secara automatik kebenaran fakta yang berkait dengannya. Juga perlu diingatkan, walaupun diterima-masuk sebagai keterangan di dalam sesuatu perbicaraan, tidak semua keterangan akan diberi nilai atau berat yang sama bagi seseorang hakim apabila menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan di akhir perbicaraan kelak.
Terpulanglah kepada soal utama, soal-balas, soal semula oleh peguam dan pendakwaraya, kredibiliti saksi dan punca keterangan diperolehi, konsistensi keterangan tersebut dengan keterangan yang lain, sama ada keterangan tersebut dari pihak yang mempunyai kepentingan dan segala keterangan sokongan terhadap keterangan berkenaan. Pendek kata, tunggu sahaja masa perbicaraan kelak, jika ada, pasti ianya akan diketengahkan oleh peguam dan pendakwaraya.
Namun apa yang menghairankan adalah kenapa pihak-pihak yang berkenaan seolah-olah menerima bulat-bulat keterangan yang kontroversial ini (dengan interpretasi mereka sendiri) dan menggesa kes ditutup sebelum siasatan polis diselesaikan dan sebelum kes di bawa ke mahkamah, jika difikirkan sesuai oleh pendakwaraya, untuk dibicarakan? Sedangkan pihak-pihak inilah yang sering melaung-laungkan pemulihan sistem kehakiman serta ketelusan dan kebebasan pihak polis di negara ini.
Kenapa perlu dua pendekatan yang berbeza di sini (yakni "siasat habis-habisan" di dalam kes-kes lain tetapi "berhentikan siasatan" di dalam kes yang satu ini)? Apa keistimewaan kes ini berbandingkan kes-kes yang lain di dalam siasatan?

2 comments:
Berani kerana benar, takut kerana salah! Apa yang Rawna takutkan sangat tu sampai kelam-kabut macam ni??
Bukan kita yang nak tentukan benar atau salah seseorang itu, biarlah mahkamah yang tentukan. Tujuan saya menulis adalah untuk saling ingat-mengingatkan. Lagipun apa yang diperlukan oleh pihak defendan di dalam satu perbicaraan jenayah adalah hanya untuk menimbulkan keraguan yang munasabah, bukan?
Post a Comment